Kembali ke Fitrah..

Misi kami adalah untuk akhirnya kembali kepada keadaan asal kami (Fitrah) dan mengingati pengetahuan yang kami miliki sebelum penciptaan berpandukan apa yang menjadi ketentuan dalam Al-Quran dan mencerminkan etika kenabian.

Ujian dan kesusahan di dunia ini (Dunya) perlu ditangani melalui perjalanan yang terancang, moga kepulangan kita sebagai 'pinjaman' berada dalam keadaan 'yang sedia asal, selamat kembali kepada Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah.

Kami di The Journey AMS berusaha untuk mendakap makna ‘perjalanan kehidupan balik ke Fitrah’ melalui Umrah, seperti mana pendedahan Imam al-Ghazali terhadap keistimewaan ibadah ini:

“Perjalanan [melaksanakan umrah] ini seperti perjalanan ke wilayah akhirat. Orang yang berniat untuk menunaikan umrah hendaklah ingat bahawa setiap amalannya, adalah serupa dengan satu peringkat di hari akhirat kelak. Di dalamnya terdapat peringatan bagi orang yang mahu mengingati dan pelajaran/ilmu bagi orang yang berakal.”

Dengan penyediaan modul ilmu/persiapan dalam melaksanakan ibadah ini, The Journey AMS bersedia dengan kemudahan dan perkhidmatan yang akan (insha’Allah) memudahkan perjalanan Umrah anda dengan selesa — dengan penjadualan penerbangan dan logistik yang bersesuaian, penginapan yang baik di Makkatul Mukarramah & Madinah Al-Munawarrah, dan keperluan yang berkaitan.

Selamat melaksanakan ibadah Umrah — kembali ke Fitrah.